REFLEKSI :
BAHAN AUDIO
Bagi saya, bahan audio amat signifikan dengan kaedah untuk menarik perhatian murid-murid. Mereka akan lebih berminat untuk menumpukan perhatian berbanding guru hanya memberikan isi pengajaran secara syarahan sahaja.
Audio tidak akan dapat dipisahkan dengan video. Secara amnya, saya sudah biasa dengan kerja-kerja menyunting audi. Namun, saya tidak pernah mempelajarinya secara mendalam. Alhamdulillah, melalaui tajuk ini, saya berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan audio terutamanya peralatan audio. Untuk pertama kalinya saya baharu mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis mikrofon yang ada seperti mikrofon kondeser dan mikrofon shotgun. Jenis-jenis mikrofon ini berbeza-beza mengikut fungsi dan cara ia diguna pakai. Maka, kepelbagaian mikforon akan memberikan kelebihan kepada penggunanya.
Bahan audio boleh digunakan sebagai bahan bantu pengajaran oleh para guru. Disebabkan itu, dalam langkah penyediannya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menetapkan matlamat. Seterusnya, langkah-langkah yang diberikan hanyalah sebagai panduan agar penyediannya lebih sistematik dan hasilnya juga berkualiti.