topik 2 : rekabentuk dalam pengajaran
Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Asalnya definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
b) Reka bentuk strategi pengajaran. c) Reka bentuk mesej pengajaran. d) Ciri-ciri pelajar. Terdapat 3 kategori Reka bentuk pengajaran :
Reka Bentuk Mesej
Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam penyampaikan mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri ialah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima. Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga kompenen, iaitu mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej. 1. Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan. Mesaj boleh dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan sebagainya. 2. Bentuk mesej merujukan kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, symbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya. 3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bemtuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Anatara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projector overhed, LcD, projector filem dan sebagainya. Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang bertindak saling. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesen dapat berlaku. Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkah laku, dan respons pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya. Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej. Menurut edgar dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. |
Peranan dan Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran
1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan Dick and Reiser (1989) : "Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan". 2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya jelas dan berkesan. Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus. Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur. 3. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai. 4. Membantu dalam proses membuat keputusan. 5. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh. |