BAHAN AUDIO
Pendahuluan
Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, satu sumber bunyi atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio atau penerimaan radio. Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman. Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Ia dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Oleh itu, audio dan bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Peralatan Bahan Penyediaan Bahan Audio
Model telefon bimbit yang baru juga mempunyai fungsi merakam bunyi. Namun, suara yang dirakam itu tidak berapa jelas dan bunyi latar akan mempengaruhi kualiti rakaman.
Mikrofon kondeser Memerangkap bunyi dengan menggunakan plat kapasitor yang mengesan getaran gelombang bunyi. Mikrofon jenis ini memerlukan bateri atau sumber kuasa elektrik. Tindak balas frekuensinya agak luas. Kekuatan mikrofon kondeser adalah dapat menerima kesan bunyi dengan baik, peka kepada bunyi dan getaran. Namun, ia tidak tahan kepada getaran kuat, panas dan lembapan. Jenis mikrofon ini biasanya digunakan untuk nyayian atau ucapan penyampaian. Mikrofon dinamik Beroperasi berdasarkan kesan elektromagnetik. Harganya agak murah dan mempunyai banyak kemampuan. Bentuk mikrofon ini dibina dalam saiz yang agak kecil dan mesra pengguna disebabkan penggunaan adalah membuat temu bual di luar bangunan. Oleh itu, mikrofon ini mempunyai kualiti bunyi yang baik, peka kepada bunyi, tahan getaran kuat, tahan panas dan lembapan. Mikrofon Omni-directional Memerangkap gelombang bunyi daripada semua arah. Mikrofon ini mampu merakam suara orang ramai, terutama sewaktu ramai orang bercakap hampir serentak. Jadi, mikrofon ini sesuai digunakan untuk perbincangan berkumpulan atau temu bual. Mikrofon uni-directional atau cardiod pula hanya memerangkap kebanyakan bunyi daripada punca yang berhampiran atau di depan mikrofon. penggunaannya agak terhad dan biasanya digunakan untuk rakaman di dalam studio oleh juruhebah radio. Headset mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB dikatakan lebih selesa kerana pengguna hanya perlu melekatkan di kepala dan masukkan plag ke komputer sahaja. Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu jenis tie pin dan neck hanging. Saiz tie pin lebih kecil berbanding dengan neck hanging dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju manakala neck hanging pula biasanya digantung pada leher. Mikrofon tanpa wayar memerlukan alat penerima semasa digunakan. Tiada wayar yang menyambung mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Biasanya jenis mikrofon digunakan oleh pengguna atau pengulas yang bergerak aktif. Mikrofon shotgun ialah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyian haiwan. |
Kebaikan Bahan Audio
Kelebihan Bahan Audio
Penyediaan Bahan Audio Langkah 1: Tetapkan matlamat Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut dengan memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan berikut. i. Siapakah kumpulan sasaran atau tahap pelajar? ii. Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar, minat dan motivasi mereka? iii. Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran? iv. Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran? Langkah 2: Penyelidikan dan mengumpulkan bahan Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan yang diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, anda juga perlu mengumpulkan kesan bunyi, muzik serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan. Langkah 3: Pemilihan bahan Bahan yang telah dikumpulkan mungkin terlalu banyak dan perlu mengalami proses analisis dan penapisan supaya hanya bahan-bahan yang bersesuaian sahaja digunakan. Langkah 4: Menulis skrip Proses menulis dan mengarang kandungan bahan audio yang hendak dihasilkan. Langkah 5: Menyediakan peralatan Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang sesuai. Selain itu, juga perlu dipastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang dengan betul. Langkah 6: Membuat rakaman Pada peringkat ini, anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan bunyi serta muzik-muzik latar. Kerja ini boleh dilakukan di bilik rakaman audio khas seperti yang terdapat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau di Pusat Sumber Negeri (PSN). Langkah 7: Prebiu Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat pembetulan sekiranya perlu. Langkah 8: Penggunaan bahan audio Pada peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah. Langkah 9: Penilaian dan penambahbaikan Melakukan penilaian dan penambahbaikan terhadap bahan supaya objektif penghasilan tercapai. Kemudian, bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber rujukan atau pinjaman oleh guru-guru atau pelajar. Jika perlu buat salinan dan diperbanyakkan. |
PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID
1. Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
2. Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.
Kemahiran Bahasa
§ Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanak-kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.
Kejelasan Punca Audio
§ Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan.
Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous)
§ Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.
Kesediaan Mendengar
§ Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yg hendak disampaikan.
Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).
9.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN
Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :
Langkah 1 : Tetapkan matlamat.
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan.
Langkah 4 : Menulis skrip.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan.
Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.
9.3 FORMAT AUDIO
Format-format audio :
9.4 PENERBITAN AUDIO
Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut :
9.5 PENGADUN SUARA
1. Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilaras bahananya dan satu output.
2. Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
3. Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat latihan membaca skrip.
Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda menyediakan skrip :
1. FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2. FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3. FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4. FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5. BG (Background) – Muzik latar.
9.6 SUNTINGAN
Boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian Sound Forge. (rujuk ms 151-157)
9.7 FORMAT FAIL AUDIO
1. Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
2. Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)
3. Sound (SND)
4. Roll (ROL)
5. Wave (WAV)
6. Sun Audio (AU)
7. Voice (VOC)
8. MPEG Level 3 (MP3)
9. RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)

- Kaset audio
- Kaset mikro
- Fonograf @ piring hitam
- Cakera padat @ CD
9.4 PENERBITAN AUDIO
Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut :
- Mikrofon. (rujuk ms 146-148)
- Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
- Pita audio @ kaset audio.
- Studio (tempat rakaman yg khusus)
- Bilik kawalan (pilihan)
- Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
- Muzik (sebagai muzik latar)
- Kabel.