REFLEKSI :
KONSEP TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Alhamdulillah ini merupakan interaksi pertama adalah sesi berkenal-kenalan dan pengenalan asas kepada matapelajaran Teknologi Dalam Pendidikan. Saya berasa teruja untuk mempelajari tajuk ini kerana saya amat meminati teknologi yang menjadi trend remaja sekarang. Saya berasa seronok apabila dapat berkenalan dengan pensyarah baru iaitu Puan Rosnah Ahmad Zain, pensyarah dari Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam. Dalam kuliah pertama ini telah menerangkan tentang teknologi pendidikan dari segi konsep, domain, prinsip-prinsip dan kepentingannya dalam PdP. Saya berasa kagum dan ingin menambah ilmu tentang ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari gali ilmu yang ada.
Dalam topik ini, kami dibawa untuk lebih memahami definisi Teknologi dalam Pengajaran dari pelbagai pendapat ahli akademik. Definisi-definisi ini mendedahkan kepada kami bahawa bidang teknologi adalah tidak terhad kepada komputer sahaja. Dengan ini, kami dapat mempelbagaikan lagi alat bahan bantu mengajar yang berteraskan teknologi. Tambahan pula, seiring dengan peredaran zaman, saya melihat teknologi-teknologi yang boleh diguna pakai dalam PdP sudah semakin maju. Sebagai contoh, jika dahulu persembahan Power Point hanya sekadar paparan, kini, terdapat sebuah papan interaktif yang memungkinkan guru untuk memanipulasi paparan secara langsung. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan lancar.
Media terdiri daripada dua kategari iaitu bercetak dan bukan bercetak. Jadi media juga suatu teknologi. Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Saya dapat melihat, bahawa teknologi banyak membantu manusia dalam melancarkan urusan seharian. Bagi seorang guru contohnya, penggunaan teknologi di dalam kelas akan banyak membantu mereka dalam menjayakan strategi yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Saya berasa seronok kerana dapat pengetahuan pengaplikasian teknologi dalam pendidikan zaman moden kini bagi membantu guru menjalankan PdP dengan jayanya, memandangkan murid masa kini sudah celik IT.
Kami dimaklumkan bahawa terdapat lima domain Teknologi dalam Pendidikan yakni rekabentuk, pengembangan, penggunaan dan penilaian. Kelima-lima domain ini membawa peranan penting dalam membantu guru mencapai objektif pembelajaran. Justeru, lima domain yang dinyatakan tersebut dapat dilihat sebagai perangsang guru-guru untuk menjadi lebih inovatif tanpa mengabaikan kualitinya apabila diaplikasi pada murid-murid.
Rumusnya, pembelajaran hari ini diibaratkan seperti titik permulaan bagi saya pada semester ini untuk terus belajar tentang IT dengan sebaik mungkin. Teruskan usaha dan tawakkal kepada ALLAH. Saya berharap dengan ilmu ini dapat digunakan apabila berada di pentas sebenar di sekolah nanti.