SOALAN GURU
1. Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk multimedia interaktif yang baik.
Huraikan apakah elemen- elemen penting yang perlu ada dalam proses membina produk tersebut.
2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan integrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Huraikan bagaimana ICT dapat diintegrasi dalam proses P&P dan sertakan dengan contoh rancangan pengajaran.
3. Jelaskan lima kesan positif kepada guru dalam pengintegrasian TMK dalam proses pemgajaran dan pembelajaran?
4. Berdasarkan satu topik mata pelajaran opsyen, jelaskan langkah-langkah dalam membinca persembahan multimedia interaktif pengajaran yang berasaskan projek.
5. Hamparan elektronik diguna oleh guru dalam pengurusan bilik darjah dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraikan empat kelebihan yang terdapat pada perisian hamparan elektronik.
6. Cikgu Amin menyedari akan kepentinganpengintegrasian ICT di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimana pun beliau dapati usahanya kurang berkesan. Cuba jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kurangnya keberkeanan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
7. Sebagai seorang guru anda mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT. Sila jelaskan rancangan anda untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
8. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran da pembelajaran merangkumi beberapa perisian seperti pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik telah membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
(a) Bandingkan lima perbezaan perisian pemprosesan perkataan dengan hamparan elektronik dari aspek penggunaannya.
(b) Berdasarkan satu topik bagi mata pelajaran opsyen anda, bincangkan langkah-langkah untuk membina satu persembahan multimedia interaktif untuk
pengajaran anda.