REFLEKSI :
UNIT 4: PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN
Model ASSURE merupakan model yang utama untuk menerangkan topik kali ini. Hal ini kerana, keberkesanan pengajaran seseorang guru bukan terletak pada banyak mana penggunaan multimedia yang beliau gunakan, tetapi alat tersebut hanyalah penyampai dan tidak memberi pengaruh secara langsung terhadap kefahaman seseorang murid. Model ini terdiri daripada 6 strategi iaitu analisis murid, nyatakan objektif, pemilihan kaedah, m edia dan bahan, penggunaan media dan bahan, dorongan penglibatan murid dan terakhir sekali ialah nilaian dan penyemakan. Pada pemerhatian saya, model ini telah lama digunakan oleh guru-guru di sekolah kerana lebih mudah diaplikasi dan banyak membantu guru untuk memenuhi fungsi sesuatu topik dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar.
Model ini memerlukan usaha dan komitmen daripada guru agar bilik darjah tidak kelihatan pasif dan membosankan. Bagi pendapat saya, setiap guru mempunyai keistimewaan sendiri bagi menyebarkan ilmu penetahuan kepada murid mereka. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian, kerana bak kata pepatah, rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Jadi tidak seharusnya bagi seorang guru untuk mudah melatah dan bertindak di luar fikiran akibat daripada sikap murid-murid mereka yang kurang disenangi.
Bagi pendapat saya, model ini banyak membantu dalam pembinaan media PdP. Ini kerana, model ini telah banyak memberi panduan buat guru untuk melihat apakah faktor-faktor yang mereka harus ambil kira dalam pemilihan media agar ia tidak kelihatan membosankan. Struktur model ini yang tersusun, menjadi panduan utama dalam menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran di dalam kelas. Jika tidak kondusif, pembelajaran murid akan terganggu dan menyebabkan prestasi mereka juga menurun.
Walaupun topik ini sangat ringkas, tetapi saya telah mempelajari banyak perkara dalam topik ini.
Alhamdulillah.