KOMPOSISI
Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar.“Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.
Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar subjek.
Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:-
- Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.
- Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya.
- Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.
Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan pelepasshutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan sempurna.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuantripod stand.