refleksi :
reka bentuk pengajaran
Sebelum mempelajari subjek ini, saya sangkakan bahawa reka bentuk pengajaran adalah sama seperti model pembelajaran di mana kita merancang strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran. Namun, apabila mempelajari topik ini, saya memahami bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses membina bahan pengajaran bagi membantu kelancaran PdP.
Dalam membuat rekabentuk pengajaran, terdapat beberapa model yang boleh dijadikan panduan iaitu Model ADDIE dan Model ASSURE. Dalam Model ADDIE, terdapat 5 langkah yang boleh digunakan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Manakala dalam Model ASSURE pula mengandungi 6 langkah iaitu analisis pelajar, nyatakan objektif, kaedah, media, bahan, gunakan media, keperluan tindakan dan menilai. Kedua-dua model ini mampu membantu guru membuat reka bentuk pengajaran yang berkesan dan sistematik.
Selain membuat reka bentuk pengajaran, reka bentuk mesej juga perlu dititik beratkan. Hal ini adalah disebabkan pemindahan ilmu daripada guru kepada murid memerlukan penyaluran mesej yang berkesan. Dalam reka bentuk mesej, terdapat 3 perkara yang perlu diami kira iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Ketiga-tiga perkara ini pula perlu dibentuk menggunakan latar belakang sebagai penanda aras.