model assure
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud “memastikan sesuatu berlaku”
Singkatan akromin ASSURE bermaksud A – Analyse learner (Analisis pelajar) S – State Objective (nyatakan objektif) S – Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media) U – Use media (gunakan media ) R – Require learner response (keperluan tindakan) E – Evaluate materials (menilai) |
1. Analyse learner (Analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 2. State Objective (nyatakan objektif) Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan. 3. Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media) Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran. 4. Use media (gunakan media ) Rancangan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid murid merasa senorok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan. 5. Require learner response (keperluan tindakan) Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi 6. Evaluate materials (menilai) Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan
|
S – Select, method, media & materials (kaedah, media, bahan)
Kaedah : simulasi, demostrasi, latihan tubi Media : kriteria seperti: · Sepadan dengan kurikulum · Maklumat tetap dan terkini · Bahasa jelas · Tarik minat dan dapat mencetus motivasi · Menggalakan penglibatan pelajar · Kualiti teknikal · Terbukti keberkesanan · Ada panduan guna Reka bentuk bahan mengambil kira : · Objektif · Pelajar · Kos · Masa · Kepakaran teknikal · Peralatan · Kemudahan |
A – Analyse learner (Analisis pelajar)
· Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi · Kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada · Stail pembelajaran; sama ada auditori, visual, atau kinestetik S – State Objective (nyatakan objektif) · Tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada pengajaran dan pembelajaran · Fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari |
U – Use media (gunakan media )
· Menyediakan media
· Menyediakan bahan
· Menyediakan persekitaran
· Menyediakan pelajar
· Menyediakan pengalaman pembelajaran
R – Require learner response (keperluan tindakan)
Mendorong penglibatan pelajar seperti; latihan, kuiz. projek
E – Evaluate materials (menilai)
· Menilai pencapaian
· Hasil pembelajaran
· Media dan kaedah
· Penyediaan guru
· Penyediaan murid