REFLEKSI :
ASAS GRAFIK
Grafik menunjukkan makna yang sangat besar. Seperti grafik yang menerangkan tentang pembaziran duit kerana merokok. Justeru grafik yang dibina adalah menunjukkan batang rokok yang digulung menggunakan kepingan duit yang dibanyak dan dibakar yang menggambarkan duit yang membazir kerana merokok. Saya melihat bahwa huraian terhadap sesuatu garfik itu adalah berbeza antara individu. Huraian terhadap grafik ini mengambarkan pengalaman dan pemikiran seseorang individu yang berlainan.
Visual grafik terbahagi kepada dua iaitu visual analogik. Menggunakan gambar atau video tenttang sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Visual mementingan warna dan grafik yang tersusun. Individu yang kreatif dan berjiwa seni kebiasaannya mudah dalam memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan pada sesuatu grafik. Bagi saya sendiri, saya dilihat sebagai seorang yang mudah melihat mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam sesuatu grafik kerana pengalaman saya dalam membuat penilaian sesuatu seni ini telah diajar oleh guru saya sewaktu di sekolah.
Antara ciri visual yang baik ialah mudah dan jelas. Kebanyakan grafik mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang membolehkan sesiapa yang melihatnya memberi fokus terhadap apa yang dilihat. Mengikut pengalaman saya dalam mempelajari ilmu berkaitan dengan grafik ini, warna memainkan peranan utama dalam melahirkan titik fokus orang yang melihatnya. Sangat ganjil apabila melihat grafik tanpa warna, kerana warna sangat penting dan di situlah makna grafik dapat mudah disampaikan. Contohnya warna merah melambangkan marah atau darah.
Elemen grafik terdiri daripada 6 elemen iaitu ruang, garis, warna, permukaan, bentuk dan rupa. Jika kesemua elemen ini digabungkan dengan harmoni, grafik yang cantik akan terhasil. Bagi pendapat saya, apa jua pemandangan yang kita lihat adalah berkaitan dengan visual. Ciptaan Allah contohnya menggambarkan keseimbangan dan keharmonian alam. Tiada yang cacat pada ciptaan-NYA. Kita sepatutnya sentiasa mengucapkan syukur terhadap nikmat yang ALLAH beri kerana sehingga sekarang kita masih lagi merasai nimat tersebut tanpa bayaran.
Tertarik untuk saya berkongsi berita tentang bercana alam yang berlaku pada masa ini, iaitu jerebu. Hal ini mungkin berlaku kerana kurangnya kesedaran bagi kita untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri. Justeru ucaplah Alhamadulillah sebagai tanda syukur kita terhadap alam yang indah ini. Grafik ciptaan ALLAH yang sempurna, yang selalu kita rasai, kemudian diuji oleh DIA, menyebabkan grafik itu kurang seri, kurang cantik. Tapi yang hebat, grafik itu masih kekal cantik, tetapi disembunyi sementara untuk menguji hambaNYA. Grafik itulah alam. :)