Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran:
Analisis: [Analyse] Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran, perbincangan, pemerhatian dan pembacaan.Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis. Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka? - Apakah hasil pembelajaran? - Apakah pilihan strategi penyampaian? - Berapakah tempoh pelaksanaan? Rekabentuk: [Design] Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat terperinci, sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video. Kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik butang dan pintu terbuka dan kemudian loceng berbunyi dan antara muka pengguna: rekabentuk skrin, objek disusun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi. Pembangunan: [Develop] Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain. Guna Powerpoint supaya senang untuk mengedit dan paparan satu slaid satu papan Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan - proses pengumpulan, penterjemahan, pengubahsuaian elemen yang digunakan. Pelaksanaan: [Implement] Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat, tepat, beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan. Turut juga bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagai platform untuk memastikan projek tersebut boleh digunapakai. Penilaian: [Evaluation] Pengujian: alpha dan beta: Alpha: pengujian dalaman, draf kerja sahaja belum siap 100% kemungkinan terdapat kesilapan. Beta: pengujian yang sebenar: Pengguna sebenar kemungkinan mereka menandatangi perjanjian untuk menjaga maklumat mengenai aplikasi terbocor kepada umum. Biasanya pihak syarikat memberi insentif kepada produk yang telah siap. Tujuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak mengenai produk atau aplikasi yang dijalankan dan pembangun boleh mengenalpasti kejayaan dan pemasalahan yang timbul untuk membuat Perubahan bagi mencapai matlamat pembangunan. |
|